|
GILA-GILA PENGANTIN REMAJA
14/5/2004..
whoa...dah lamanya aku tak tulis kat jurnal aku ni...
rindu betul...maklumlah aku sibuk 2,3 bulan kebelakangan ni sampai tak de masa nak tulis jurnal...hari ni terlanjur aku ke lab so..aku amik peluang ni untuk menulis sedikit untuk melepaskan rindu..
banyak yang berubah dalam kehidupan aku sekarang, aku dah pun dengan rasminya menjadi student uia GOMBAK...heheh kalau sebelum ni aku cuma student matrikulasi uia dia pj nun..pendekkata kedudukan aku waktu tu belum kukuh sepenuhnya lagi...tapi kali ini ALHAMDULILLAH...rezeki dan takdir kehidupan aku masih di sini...
susah rasanya nak membiasakan diri di tempat baru. tahu kenapa aku bercakap camtu..sebab aku rasa aku susah sangat nak membiasakan diri dengan keadaan di tempat ni.. pada mulanya. aku rasa keadaan di sini jauh betul berbeza dengan keadaan di matrik. tempat yang luas dengan studentnya yang banyak sangat ni (lebih banyak dari di matrik dulu) ni buat aku rasa benar2 kerdil. aku selalu rasa sedih dan tertekan.
tapi aku tahu...dan aku mengerti...aku harus membiasakan diri dengan keadaan di sini...nak tak nak aku kena hadapi juga...aku akan berada di sini untuk empat tahun lagi...
dan buat Comel...em, putera comel tu sudah menjadi hak aku..eh bukan..!! aku sudahpun menjadi hak dia. nge..nge..aku dah jadi isteri org sekarang..dalam usia semuda ini (bulan 9 ni aku 20 ). bagaimana kami berkahwin dan bila? satu hari nanti aku akan ceritakan juga di web ini..jika berkesempatan. yang pastinya aku memang tak main-main..with all my heart truly i said...im his wife right now...
23 haribulan ni birthday dia..pening kepala aku memikirkan hadiah yang sesuai buat birthday boy aku tu....tapi yang istimewanya kali ini..aku menyambut bersamanya sebagai isteri..itulah perasaan yang paling istimewa bagi aku.
aku tahu, kejauhan ini banyak menguji kami. aku masih di sini di gombak. dan dia tetap di terengganu meneruskan hidupnya di sana. sesekali kami berkerat rotan berpatah arang. ....cemburu dan bimbang akan kehilangan diri org yang tersayang. tapi sebenarnya dalam hati ni tuhan je yang tahu...aku sayang dia sangat-sangat dan aku tahu dia pun begitu.
di awal usia perkahwinan kami ni..masih banyak yang perlu aku pelajari...perlu belajar sekat rasa cemburu dan baran ni terutamanya..jangan biarkan ia jadi racun perkahwinan.
dulu aku rasa takut kalau sebut pasal mengandung dan bersalin (betul ni..aku betul2 takut), tapi hari ini aku tak sabar2 menunggu saat itu...4,5 tahun lagi sekurang-kurangnya..tapi saat menjadi ibu akan aku nanti dengan hati yang terbuka. doakan kami bahagia ya!
`
3/02/2004
Assalamualaikum
comel yang dirindui,
saya harap awak sihat dan bahagia disamping keluarga tersayang. suasana di uia ni seperti biasa, tenteram. Saya cuba membuang segala kekalutan dan ketegangan yang menyelubungi diri. cuba nenbersihkan jiwa yang pernah kotor dengan kemarahan ini.
maafkan saya andai semalam saya terlanjur bicara dan berkasar bahasa. saya rupa2nya hanya tahu berpura2 atau lebih tepat lagi saya ini hipokrit. Tak kisah andai dunia ini juga mengecam dan memandang saya sedemikian. ia pengajaran buat awak...dan lebih2 lagi buat saya.Manusia hipokrit itu ada di mana2. bukankah awak pernah berkata yang hidup ini bagaikan satu pentas lakonan filem di mana kita semua adalah para pelakonnya? bezanya cuma tiada kamera yang merakam dan tiada pengarah yang mengarah kita. sesungguhnya manusia pandai berlakon untuk hidup..manusia lakukan apa sahaja dan boleh menjadi apa sahaja (walaupun bukan dirinya sendiri) apabila kemarahan itu menguasai diri. Tapi jangan lupa..manusia seperti itu adalah manusia yang cetek imannya dan dangkal agamanya. Dan saya adalah sebahagian dari manusia2 itu....alangkah lemah dan naifnya diri ini.Saya telah menzalimi diri saya sendiri...
sekarang 3hb, lagi 7 hari sebelum saya bertemu awak. Saya tahu saya perlu tabah. Sekarang waktu belajar..waktu ambik exam. selepas 10 hb, di sana kita bertemu dan terleraila rindu saya pada awak selama ini.
Mungkin saya terlalu memaksa awak. Lakukanlah yang terbaik untuk 10 hb ini.Saya akan terima apa sahaja yang datang.
saya salah kerana tidak meyakini rezeki yang diberi Allah. bukankah Allah pernah berjanji yang DIA akan meluaskan rezekiNya dan menyempitkannya pada siapa sahaja yang DIA kehendaki???? saya seolah2 lupa untuk menggantung harapan ini pada DIA sebaliknya saya menggantungkan harapan ini pada sesama manusia, iaitu awak. sebab itu lah saya rasa marah dan kecewa semalam...Ya Allah..alangkah alpanya saya...saya seolah2 lupa pada kehendakNya.
tak mengapalah sayang, usahakanlah sebaik mungkin. saya akan menerimanya dengan hati terbuka...Ingat, kita merancang, Allah merancang...tetapi perancangan Allah itu lebih hebat. Mungkin apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat awak dan saya untuk lebih fleksibel dengan apa yang kita buat.
saya tidak mahu kerana perkara sebegitu kasih sayang kita hancur dan lebur. jika saya fikirkan pasal perkara itu, tiadalah tenang hati dan jiwa ini.. Dan semalam pun kita bergaduh sebab perkarra itu jugak. Duit itu penawar, duit itu juga racun...segala2nya duit...tapi saya percaya duit masih tak mampu membeli cinta kita ini..biarpun wang itu diibaratkan nadi hidup.
katakan lah pada dunia ini..saya mahu laungkan pada ombak di pantai sana,.segala2nya bukan halangan untuk kita menghabiskan masa bersama...kita boleh buat dan habiskan masa bersama2 jugak lagipun, impian saya...salah satu darinya saya mahu berbaring dan melihat bintang di langit jadi bila lagi saya mahu melaksanakan impian saya itu...? lebih2 lagi dengan awak sayang...awak juga adalah sebahagian dari impian saya...
dendam ini telah saya leraikan..
kemarahan ini telah saya leburkan..
kekecewaan ini telah saya hilangkan..
jauh hati ini telah saya buang jauh2..
apa yang tinggal kini
adalah rindu yang membara
sayang yang teramat
kasih yang sesungguhnya
dan cinta yang sebenar2nya...
semoga Allah merestui, dan suatu masa nanti, di sana, tanggal 11 hb, saya telah ada dan saya berdiri di situ, berhadapan dengan awak..dan melafazkan
"sayang, saya rindu...."
doakan ketenangan saya di sini, doakan saya boleh jawab exam elok2..
assalamualaikum
19/1/04
Hari isnin yang membosankan...aku tak tahu nak wat pe hari ni. Asyik baca buku je..boring. Rasa dah kelabu mata...then kemas2 bilik..rajin2 lak..gi kemas katil nisa, ha ngan mira sekali. pastu sapu2 bilik. Aku ni selalunya pemalas gila kalau nak sapu bilik, tapi sekarang ni rajin lak sebab tak tahu nak wat apa.
aku ngan comel asyik gaduh je..hari ni gaduh lagi. semuanya slh aku. Bila comel cakap dia berhenti keje..sebab tension sangat gaduh ngan aku..aku diam tak terkata. Dalam hati sedih, serba slh dan tak setuju ngan tindakan dia tu. tapi nak wat camna, comel degil..macam la aku tak faham perangai dia. Hari tu waktu aku call..ade gak borak2 ngan makcik dia. Serba skit aku faham perangai comel...
rasanya aku belum mengenali dia sepenuhnya. Terlalu banyak perbezaan antara kami...kadang2 aku tak faham apa yang tersirat dalam hati dia...
aku cuba..untuk memahami...
15/1/04
dah kul 11.40...sekarang ni aku kat lab..hari ni takde kelas..next week takde kelas langsung..mesti mati kebosanan aku camni. Tak tahu nak wat pe..exam 8/2..ermm..lambat lagi..tapi rasanya kena prepare awal2..mira tak gi kelas hari ni..semalam dia bising tak reti nak buat puisi dalam bahasa arab, ala..aku tak tahu apa2 pasal bahasa arab..setakat ahlan wasahlan tu aku reti la..nak tolong dia camna..tlg tgk je la..hehehe. Dah 2 hari tak call mama, mesti aku call nanti mama bising..bukan apa..kalau aku call tiap2 hari tak banyak sangat perkara yang aku leh story kat mama...habis takde pun..apa aku makan hari ni..apa jadi hari ni..tu je la yang leh aku citer..tapi, kalau tak call 2 ,3 hari..banyak la lak story. Erm..rindu lak kat adik aku tu...hari tu janji ngan dia nak beli anak patung barbie..tak terbeli pun sampai sekarang..fulus asyik takde je. Kalau aku call umah nanti, mesti soalan cepumas tu takkan terlepas dari mulut dia. So, aku ngan senyum pahit campur ala2 berat hati terpaksa jawab yang karang aku akan belikan...rasanya dah berbulan2 aku janji camtu, mesti dia naik bosang kan. Semalam, aku tido kul 3 pagi..bukan ade keje pun..sebenarnya aku tunggu comel call..tapi dia tak call pun, aku ade try call umah nenek dia, tapi sepupu ia cakap dia dah kuar. Pelik gak aku..ke mana agaknya dia pegi? jarang dia tak call aku. So, aku dengar walkman sampai tertido..tiba2 hp aku berbunyi kul 5.00 pagi, guess who? dia la..call dari bandar. bila aku tanya nape ada kat bandar, rupa2nya dia tak balik rumah pun malam tadi..sibuk pusing2 bandar..melarat sampai ke Dungun. Sorang2 lak tu...ishh..tahu punca dia? pasal aku la..ermm..sampai hati sangat aku wat camtu kan. Rasanya dah banyak kali aku buat perangai camni. Tapi setiap kali aku janji..setiap tu jugak la aku takkan tepati..memang cabul betul mulut aku ni....
comel, minta maaf..jahatnya aku
ermm..perlu berhenti..ramai lak org berdiri kat belakang aku...nak guna kom. lagipun gunakom. kat lab ni kenala berpada2 rasanya..
nak lunch apa hari ni?
9/1/04
takde kelas hari nih. Boring. Aku bgn kul 8, minum milo then mandi pagi. Pastu ngadap jurnal kejap. Semalam berborak ngan comel sampai kul 3.30 pagi...sian comel baik je dia melayan karenah aku. mujur esok T'ganu cuti.
mira asyik nangis je dalam 2 malam ni sebab rindukan ex-bf dia yang dia baru minta clash 2 hari lepas. kesian aku tgk keadaan dia..tapi nak wat camna? parah juga putus cinta ni nampaknya...takut pulak aku. Minta2 la aku takkan alami saat2 perit camtu. Radio kat bilik kitaorang pun asyik putar lagu putus cinta je semua. Semua tu datang dari kaset mira. semua lagu2 sedih maaa...lagu sentuhan kecundang la...emm, aku yang tak pernah merasa putus cinta ni pun..cam dah rasa putus cinta lak. punyala syahdu. Kata mira, dia tak leh dengar lagu Suci dalam debu sebab 1) tu lagu fav. ex-bf dia..then 2)lagu tu banyak persamaan antara hubungan dia dan ex-bf dia. So everytime dia dengar lagu tu..mesti dia rasa frust sangat. Aku lak suka sangat lagu tu. Semalam waktu comel mintakan aku nyanyi lagu tu, aku dengan rela hatinya nyanyi..lupalak yang mira sensitif ngan lagu tu...em, teruk tul aku ni. ade ke patut! apa lagi, aku rasa lagi kuat esak tangis dia. Mira..camna aku nak tolong kau lupakan si dia? rasa tak terdaya lak aku bila datang perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan ni. Apa yang aku mampu, aku try ajak dia kuar weekend ni...pegi mana2 ke..cuba lupakan kesedihan di hati dia....sebab aku tahu kalau dia terus lepak kat bilik hujung minggu ni mesti dia sedih. selalunya hujung minggu camni dia dan ex-bf dia selalu habiskan masa bersama2...so, walaupun asalnya dia tak nak tapi berkat paksaan aku, dia dengan 'paksarelanya' akan kuar ngan aku.
exam MLH conform 8/2/04..that mean aku ade lebih kurang sebulan nak prepare untuk exam. InsyaAllah, i try my best.
waktu dengar kaset mira yang penuh lagu2 cinta tu (nama kaset tu pun lagu cinta paling romantis..siap ade gambar kucing comel kat depan tu), aku tengok ade lagu 'seakan menguji' dari kump. amuk. Emm..comel minat sangat lagu ni..kawan chat aku, skru pun minat gak lagu ni...so, aku try la dengar..apa yang best sangat lagu ni.. emmm memang best lah. liriknya puitis dan bermakna. katalah aku ketinggalan zaman, lagu lapuk camtu baru nak minat. Arghh..peduli apa....
Betapa getirnya rindu Yang kau kikis Tak terhakis di persisir hati Walaupun hujan Menimpa sahara Tak mungkin hilang Panas di bumi
Dahagalah musafir Mengejar realiti duniawi Kiasnya pujangga Hamparan penuh suci niatnya
Getar jari jemari ku tahan jua Menggenggam bara hingga menjadi abu Luka dan pedih amatlah berbisa-bisa Hanya kesabaran penawar sejati
Pengorbanan adalah Satu kemestiannya Dalam hidup Walaupun kau diriku Seribu keresahan Di mimpi
Cinta bagaikan bebayang Makin diusir semakin hampir Apa yang kita impikan Tak semuanya menjadi Datangnya seakan menguji
banyak maksud yang tersirat dalam lirik tu..tapi aku paling suka pada part 'cinta bagaikan bebayang, makin diusir semakin hampir, apa yang kita impikan tak semuanya menjadi, datangnya seakan menguji'
emm..rasa cam nak bagi lagu ni je kat mira.....
|